Jumaat, 27 September 2013

Az Zahra Ul Haqqani

Assalamualaikum , baru-2 ni , kakak sya telah menikah . Alhamdulillah . pada 30 ogos . dia menikah dgn seorg ustaz yg mengajar dkat pondok . moga-moga perkahwinan mereka m'njadi satu ikatan yg kukuh . Amin ... ^_^

Rabu, 31 Julai 2013

Kepuasan pelangan

Bissmilahirahmanirahhim . Assalamualaikum , Alhamdulillah sudah selamat sampai .
tapi , jika ada yg kurg , anda boleh post blik & kami tidak akn mngenakan sebarg cas . Insya Allah


Kepuasan pelanggan

Bissmilahirahmanirahim ... Alhamdulillah , selamat sampai . terima kasih . ^_^


Selasa, 30 Julai 2013

Kata-Kata semangat ^^

Bissmilahirahmanirahim . Assalamualaikum , ^_^ kuatkn semangatmu wahai kaum hawa !
kelembutan  bukannya penghinaan dari Allah , tetapi sbagai perhiasan untuk dirimu !
-keep smile , And don't forget to say Alhamdulillah-








Isnin, 29 Julai 2013

Malam " Lailatul Qadar "

Bissmillahirahmanirahhim , Assalamualaikum . ^^
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رِجَالًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْمَنَامِ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيَهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِي السَّبْعِ الْأَوَاخِرِ

Dari Ibnu ‘Umar r.a. katanya: Beberapa sahabat Nabi s.a.w. bermimpi melihat malam Qadr dalam tidur mereka pada tujuh hari yang akhir Bulan Ramadhan. Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: “Aku juga bermimpi seperti mimpi mu itu, melihat malam Qadr jatuh bertepatan pada tujuh yang akhir bulan Ramadhan. Maka siapa yang mencarinya, carilah di tujuh yang akhir itu.”

Riwayat Muslim
Dari Aisyah r.a., katanya: "Nabi s.a.w., biasanya apabila tiba sepuluh (yg akhir daripada bulan Ramadhan), beliau ikatkan sarungnya erat-2, beliau berjaga-jaga malamnya dan beliau bangunkan keluarganya." -Sahih Bukhari jilid II, no.966

Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersiap-siaplah untuk mendapatkan malam Qadar itu pada bilangan ganjil daripada sepuluh yg terakhir dari bulan Ramadhan." - Sahih Bukhari jilid II, no.994

Dari Ibn Abbas r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Carilah malam Qadar itu pada sepuluh yg terakhir dari bulan Ramadhan. Malam Qadar itu berada pada hari kesembilan, tujuh atau lima yg terakhir (dari bulan itu)." - Sahih Bukhari jilid II, no.995

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: "Ia satu malam yg tenang, lapang, luas tiada batasan. Tidak panas dan tidak sejuk. Di waktu paginya matahari muncul dengan merah yg lemah." -riwayat Abu Daud al-Toyalisa

*Malam al-Qadar atau lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar adalah malam yg lebih baik daripada seribu malam kerana pada malam tersebut Al-Quran diturunkan. "Bulan Ramadhan yg padanya diturunkan Al-Quran pertunjuk kepada manusia.." (Al-Baqarah:185), 'Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran itu pada malam al-Qadar." (Al-Qadr:1)

( Moga-2 kita lah org yg m'ndapatkn malam lailatul Qadar itu , Amin... ) ^_^ Assalamualaikum

Rabu, 3 Julai 2013

hanya lah gambaran titian syirat

Bissmillahirahmanirahhim, Assalamualaikum , yg mana kah kita suatu hari nanti ??
wallahualam . :'(


Apa Salahnya Buat Dosa? Pelacur Pun Masuk Syurga!

Ada yang mempertikaikan jawapan 'tidak menutup aurat confirm masuk neraka'. Katanya, kita bukan Tuhan untuk menentukan hala tuju syurga atau neraka seseorang apabila dia mati. Dan ramai yang menggunakan hadis mengenai pelacur masuk syurga untuk menguatkan hujah mereka bahawa buat dosa tak semestinya masuk neraka.

Untuk memperjelaskan persoalan tersebut, mari baca artikel ini yang aku dah olah hasil perbincangan dengan orang-orang yang lebih arif di sebuah forum agama. Banyak pendapat serta hujah-hujah kuat yang dapat meleraikan kemusykilan ini.

Masih ingatkah anda kepada kisah seorang pelacur di zaman Rasulullah SAW? Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Baginda bersabda :
Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. (Sahih al-Bukhari)

Selain daripada kisah pelacur tersebut, ada lagi kisah manusia yang berbuat dosa tetapi diberi keampunan oleh Allah. Antaranya kisah pembunuh 100 orang yang diampunkan Allah. Kisah 2 orang sahabat jatuh tangga lalu mati, seorang yang kuat ibadah masuk neraka dan seorang kaki maksiat masuk syurga.

Sebenarnya, kisah ahli maksiat diampunkan ALLAH hanya sebagai teladan untuk kita bagi menunjukkan rahmat ALLAH yang luas kepada makhluknya, supaya jangan berputus asa untuk memohon keampunan Allah walaupun sebesar mana dosa kita. Sebagai bukti Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani jika hamba-Nya yang terlanjur melakukan maksiat itu bertaubat dan menyesali keterlanjuran mereka. Bukannya untuk menjadikan kisah itu sebagai tiket untuk menghalalkan maksiat.

Berbalik kepada persoalan mendedah aurat belum confirm masuk neraka. Jika berpandukan kepada Hadis Nabi SAW, memang confirm dedah aurat masuk neraka. Bukan hanya sekadar masuk neraka malah menghidu bau syurga pun tidak mampu.

"Dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw beliau berkata: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum aku lihat saat ini ; pertama, satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang (tidak menutup aurat dengan sempurna). Mereka berlengang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti ponok unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian"
(HR. Muslim).

Antara dalil lain yang boleh digunakan bagi menjawab persoalan wanita yang membuka aurat dengan sengaja walaupun tidak menentang kewajipan menutup aurat, kompom masuk neraka atas dalil:

"Rasulullah s.a.w bersabda: Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan? Baginda menjawab: Barangsiapa yang taat kepadaku, dia masuk syurga dan barangsiapa yang melanggar perintahku, dia telah enggan.
(Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Di dalam peristiwa israk mikraj pun Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa baginda melihat perempuan yang digantung rambutnya dalam neraka hingga menggelegak otak kepalanya atas kesalahan tidak menutup rambutnya daripada bukan mahramnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dan Abu Said r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Syurga dan neraka berdebat. Lalu syurga berkata, “aku dimasuki orang-orang lemah dan miskin.”
Neraka berkata: “Aku dimasuki orang-orang yang suka menindas dan sombong.”

Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada neraka: “Sesungguhnya engkau adalah seksa-Ku, dan Aku menyeksa orang-orang yang Kuhendaki denganmu.”
Kemudian Allah s.w.t. berfirman pula kepada syurga: “Engkau adalah rahmat-Ku, dan Aku merahmati siapa sahaja yang Aku kehendaki. Setiap kamu akan diisi hingga penuh." (Riwayat Al-Bukhari, no. 2846)

Akan tetapi, jika kita sendiri mempersoalkan suruhan Allah dengan membidas bahawa buat baik belum confirm masuk syurga atau buat jahat belum confirm masuk neraka, tak rasa malukah nak mengharap rahmat Allah terhadap kita? Tak rasa malukah nak menumpang syurga Allah?

Melaksanakan perintah Allah ganjarannya pahala, syurga, rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Mengerjakan larangan Allah balasannya adalah dosa, neraka, kemurkaan dan azab Allah SWT. Kesimpulannya, ahli syurga tidak berdosa, manakala ahli neraka berdosa. Akan tetapi, setiap orang yang berdosa pasti akan ke syurga jua akhirnya nanti jika dia masih Islam dan tidak murtad. Itupun setelah menempuh azab siksa yang maha dahsyat di neraka kelak bagi menyuci dosanya, yang mana sehari di neraka bersamaan 1000 hari di dunia ini. Mampukah nak tanggung? Letak hujung jari dekat api lilin sekejap pun dah meraung.

Jika buat maksiat belum confirm masuk neraka, adakah buat maksiat tu anda yakin confirm masuk syurga? Jadi, gunakanlah kesempatan ini untuk bertaubat nasuha. Bukannya mempertikaikan ganjaran syurga atau neraka. Setiap manusia biasa tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Bertaubatlah setiap masa. Jangan nak tunggu tua baru nak bertaubat. Boleh jaminkah anda boleh bernafas lagi selepas membaca artikel ini? Sebaik-baik amalan adalah yang ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukannya semata-mata nak masuk syurga ataupun takutkan azab neraka.

Wallahu'alam..
(Copy paste dari satu blog.)

Nina : Kita tak tau kita meninggal dalam keadaan bagaimana. ...kalau boleh TAATLAH PERINTANYA.. Jadikan teladan kisah di atas yang jahat dan tak menutup aurat sekalipun boleh jadi ahli syurga.. Kisah ini ..hanya menunjukkan Rahmat Allah itu adalah sgt luas jika kita termasuk dalam list - NYA Alhamdulillah... Jgn pulak tak nak tutup aurat dan buat jahat sampai bila2 pula dgn alasan.. tetap boleh ke syurga..ITU SALAH!